Quantcast
Channel: KFC – Galaksi Media
Viewing all articles
Browse latest Browse all 37

(SEMASA) HIDANGAN YANG MENGUKIR SENYUMAN

$
0
0

Pic 4

Sebuah inisiatif tanggungjawab sosial KFC & Pizza Hut, World Hunger Relief (WHR) 2015, baru-baru ini telah bekerjasama dengan sebuah badan NGO, PERTIWI Soup Kitchen dalam memberikan senyuman dan keceriaan kepada golongan gelandangan dan kurang berkemampuan melalui pengedaran makanan yang lazat dari KFC dan Pizza Hut.

Pic 2

Sekumpulan sukarelawan bersama-sama dengan kakitangan KFC dan Pizza Hut serta jurucakap WHR yang baru dilantik, pelakon dan pengacara – Scha Alyahya, turut hadir untuk mengedarkan makanan dan minuman kepada mereka yang memerlukan. Sesi yang bermula dari jam 9 malam hingga 12 tengah malam itu telah berjaya mengedarkan makananan kepada lebih daripada 700 individu yang kurang bernasib baik.

Ia merupakan hari yang istimewa apabila mereka dikejutkan dengan hidangan ayam goreng KFC dan piza lazat dari Pizza Hut sebagai tambahan kepada nasi bungkus dan minuman yang disediakan pada malam itu. “Mereka teruja kerana tiada siapa pun antara mereka yang menyangka akan diberikan ayam goreng dan piza sehinggalah mereka ternampak kotak-kotak makanan KFC dan Pizza Hut. Kebanyakkan mereka sudah bertahun-tahun tidak menjamah ayam goreng KFC dan ada juga yang tidak pernah mencubanya langsung sebelum ini,” kata salah seorang daripada sukarelawan. Perkara yang amat menyentuh perasaan para sukarelawan adalah kemesraan yang terjalin antara mereka dengan golongan gelandangan ini. Walaupun hidup dengan serba kekurangan, mereka kelihatan tenang, ramah dan mudah didekati.

“Terdapat sejumlah besar badan amal di luar sana yang menjalankan program kebajikan dengan membantu golongan gelandangan contohnya seperti PERTIWI Soup Kitchen, dan kami berada di sini bagi memberikan sepenuhnya sokongan yang termampu terhadap usaha-usaha murni ini,” kata Ahmad Taufek Omar, Ketua Pegawai Pemasaran Digital & Teknologi Maklumat, KFC Malaysia.

PERTIWI Soup Kitchen merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang telah ditubuhkan sejak 48 tahun yang lalu. Badan ini terus komited menghulurkan bantuan bagi meringankan beban gelandangan dan golongan miskin tegar melalui Soup Kitchen yang beroperasi di ibu kota sejak lima tahun lalu. Soup Kitchen ini memberikan bantuan makanan kepada 500 hingga 700 individu dan beroperasi di kawasan Chow Kit, Kota Raya, Masjid India dan Masjid Negara. Makanan yang diedarkan terdiri daripada nasi, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan, berserta minuman.

“Lazimnya kami menyediakan makanan asas kepada mereka yang kelaparan, mengikut sukatan pemakanan yang sesuai, tetapi sekali-sekala seronok juga melihat mereka teruja dengan penambahan hidangan seperti hari ini. Kami amat berterima kasih kepada pihak KFC dan Pizza Hut melalui program WHR mereka yang berjaya membantu ramai orang,” kata Pengerusi Pertiwi Soup Kitchen, Munirah Abdul Hamid.

Di samping itu, menerusi dana WHR, sejumlah RM100,000.00 telah didermakan kepada PERTIWI sebelum ini dan akan terus digunakan bertujuan untuk menyediakan makanan yang secukupnya bagi mereka yang memerlukan.

Kempen World Hunger Relief (WHR) merupakan inisiatif tahunan dari KFC dan Pizza Hut Malaysia bagi membantu membasmi isu kebuluran di dunia telah dilancarkan pada 17 Jun 2015 dengan pelbagai inisiatif yang menarik bagi mengumpulkan dana. Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, kempen WHR akan mengumpul dana melalui pembelian set hidangan “World Hunger Meal” di rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut dan setiap set hidangan yang dijual di bawah promosi ini akan dikenakan caj tambahan RM0.50 yang akan disalurkan kepada tabung WHR. Kempen selama tiga bulan ini yang bermula pada bulan Jun, turut akan menyediakan tabung derma yang diletakkan di setiap restoran KFC dan Pizza Hut. Di samping itu, kempen ini juga telah memperluaskan usahanya iaitu dengan menambah saluran menderma secara atas talian.  Portal derma tersebut boleh dilayari di laman facebook World Hunger Relief www.facebook.com/WHRMalaysia bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menderma secara mudah.

Selari dengan tahun-tahun sebelumnya, fokus kempen adalah berkaitan dengan bantuan makanan dan dana tersebut telah disalurkan bagi membantu mereka yang kelaparan dan kurang bernasib baik. Program Pengagihan Dana WHR yang dilancarkan tahun lalu ini juga telah memperluaskan kerja pengagihannya melalui kerjasama dengan pelbagai NGO yang menjadi penggerak dalam usaha pengagihan tersebut. Selain PERTIWI Soup Kitchen, Program Pengagihan Dana WHR juga sedang bekerjasama dengan beberapa NGO lain termasuk HOPE Worldwide Kuala Lumpur,  KECHARA Soup Kitchen, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 37