Quantcast
Channel: KFC – Galaksi Media
Viewing all articles
Browse latest Browse all 37

(SEMASA) PELANCARAN KEMPEN WORLD HUNGER RELIEF 2015 BERMULA DENGAN PELBAGAI INISIATIF MENARIK

$
0
0

????????????????????????????????????

Kempen World Hunger Relief (WHR), yang merupakan inisiatif tahunan dari KFC dan Pizza Hut Malaysia bagi membantu membasmi isu kebuluran di dunia telah kembali, kini lebih hebat dari biasa, dengan pelbagai usaha yang menarik bagi menimbulkan kesedaran kepada orang ramai. Antara kelainan yang dibawa pada kempen tahun ini adalah dengan penglibatan pelakon dan pengacara, Scha Alyahya yang telah bersetuju untuk menyertai kempen ini sebagai jurucakap.

Pic1

Dilantik sebagai jurucakap kerana karisma serta imej bersihnya, Scha akan muncul untuk membuat beberapa pengumuman awam (PSA) untuk kempen ini, poster/bahan bercetak lain di restoran KFC dan Pizza Hut, serta inisiatif-inisiatif di media sosial. Di samping itu, Scha juga akan melawat komuniti dan keluarga-keluarga miskin dengan disertai sukarelawan dari KFC dan Pizza Hut bagi menjayakan kempen pengagihan WHR dan juga kerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan. Popularitinya dilihat akan memberi kesan positif terhadap kempen ini.

“Saya percaya tiada manusia yang harus tidur dalam kelaparan dan hal ini amat menyentuh perasaan apabila terdapat ramai penduduk di dunia ini yang masih dibelenggu isu kebuluran. Isu ini benar-benar menyentuh perasaan saya dan disebabkan itu saya tidak berfikir panjang untuk turut serta dalam kempen ini”, kata Scha.

Pic4

“Sebagai seorang ibu, saya juga tidak dapat membayangkan perasaan pilu apabila tidak mampu menyediakan keperluan yang secukupnya kepada anak saya, dan saya juga tidak sanggup melihat perkara sedemikian berlaku kepada orang lain. Jadi bagaimana pula dengan anda?,” katanya sepenuh hati.

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, kempen WHR akan mengumpul dana melalui pembelian set hidangan “World Hunger Meal” di  rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut dan setiap set hidangan yang dijual di bawah promosi ini akan dikenakan caj tambahan RM0.50 yang akan disalurkan kepada tabung WHR. Kempen selama tiga bulan ini yang bermula pada bulan Jun, turut akan menyediakan tabung derma yang diletakkan di setiap restoran KFC dan Pizza Hut.

Di samping itu, kempen ini juga telah memperluaskan usahanya iaitu dengan menambah saluran menderma secara atas talian.  Portal derma tersebut boleh dilayari di laman facebook World Hunger Relief www.facebook.com/WHRMalaysia bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menderma secara mudah.

Pic3

Kempen ini juga seterusnya akan diserikan lagi dengan acara kemuncak iaitu konsert amal yang akan dilangsungkan pada akhir tahun 2015. Konsert amal yang bertujuan untuk mengumpul dana ini bakal menampilkan penyanyi-penyanyi tempatan yang turut memainkan peranan mereka bagi tujuan ini.

“Dengan berjuta-juta rakyat di seluruh dunia diancam isu kebuluran, kita semua perlu mencari jalan terbaik untuk membantu menangani masalah ini. Maka pada tahun ini, pihak KFC dan Pizza Hut akan berusaha sedaya upaya mewujudkan kesedaran dalam masyarakat bagi menjayakan kempen ini. Sebagai antara jenama restoran terbesar, kami rasa bertanggungjawab untuk memimpin usaha menangani masalah kebuluran dunia dan seterusnya membantu dalam membasmi kemiskinan”, kata Ahmad Taufek Omar, Ketua Pegawai Pemasaran Digital & Teknologi Maklumat, KFC Malaysia.

“Kempen World Hunger Relief merupakan contoh yang bagus kepada masyarakat kerana kempen seperti ini membuktikan bahawa banyak perkara yang baik dapat dicapai apabila individu-individu berhimpun demi satu tujuan yang murni. Kempen WHR akan terus membantu orang ramai di seluruh Malaysia dan juga negara-negara lain bagi membasmi masalah kebuluran yang melanda dunia”, kata Low Kang Moon, Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia.

Kempen WHR di Malaysia telah menjangkau tahun yang ke sembilan dengan objektif utamanya adalah mengumpul dana bagi menyediakan bantuan makanan kepada negara-negara yang dilanda kebuluran tidak kira di peringkat dalam negeri mahupun di luar negara.

Selari dengan tahun-tahun sebelumnya, sebahagian daripada dana ini akan disalurkan kepada United Nations World Food Programme (WFP) manakala sebahagian besarnya pula akan disalurkan ke seluruh Malaysia.

Semenjak penubuhannya, kempen ini memberi fokus berkaitan dengan bantuan makanan bagi mereka yang kurang bernasib baik. Antara usaha-usaha dan aktiviti yang dijalankan untuk pengagihan dana adalah Program Pengagihan Dana WHR ‘Step Out, Stop Hunger’, di mana keluarga atau individu terpilih di seluruh Malaysia akan menerima sumbangan berbentuk makanan, barangan keperluan dapur serta bantuan kewangan selama enam bulan. Di samping itu, dana tersebut juga akan diagihkan melalui kerjasama dengan pelbagai NGO termasuk HOPE Worldwide Kuala Lumpur, PERTIWI Soup Kitchen, Kechara Soup Kitchen, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan juga beberapa badan kerajaan lain. Kempen ini juga turut menyumbangkan wang tunai kepada rumah-rumah kebajikan di seluruh Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 37