Quantcast
Channel: KFC – Galaksi Media
Viewing all 37 articles
Browse latest View live

(SEMASA) SAJIAN LAZAT PADA BILA-BILA MASA DENGAN KFC ZINGER RICE WRAP!

$
0
0

pic 2

KFC Malaysia kini menyediakan lebih banyak pilihan untuk pelanggan yang sentiasa menginginkan cara yang lebih baik untuk menikmati hidangan mereka. Memperkenalkan KFC Zinger Rice Wrap, sajian lazat dan seimbang yang enak dimakan di mana jua pada bila-bila masa, dengan harga yang sungguh menjimatkan, RM4.90!

“Produk terbaru ini adalah sajian seimbang dan juga merupakan antara hidangan jenis wraps yang pertama dalam industri restoran perkhidmatan segera yang menggabungkan nasi sebagai inti. Diinspirasikan oleh pelanggan-pelanggan yang menggemari hidangan sihat, ringkas serta menyelerakan, KFC telah mengolah makanan ruji kegemaran rakyat Malaysia untuk mencipta hidangan yang lazat dan sihat sesuai dengan gaya hidup mereka yang sentiasa sibuk,” kata Ahmad Taufek Omar, Ketua Pegawai Pemasaran Digital & Teknologi Maklumat, KFC Malaysia.

“Produk ini dicipta khas untuk remaja dan golongan belia yang sentiasa mencari sesuatu yang enak dan mudah dimakan,” tambahnya.

KFC Zinger Rice Wrap baru ini adalah gabungan kepingan Zinger kegemaran ramai dibalut dengan tortilla 9-inci yang enak berintikan nasi Colonel, sayuran segar seperti tomato, bawang, timun rangup dan sos mayo-limau.

Ahmad Taufek juga menyatakan bahawa produk ini “mengandungi semua zat seimbang yang diperlukan dalam setiap hidangan. Protein daripada kepingan Zinger lazat kami, nasi Colonel untuk karbohidrat dan sayur-sayuran segar, kesemuanya dibungkus bersama menjadikan ia pilihan makan yang lazat pada bila-bila masa!”

Dengan harga yang tiada tandingan, KFC Zinger Rice Wrap semestinya satu sajian yang amat menjimatkan. Bagi mereka yang gemarkan hidangan yang lebih boleh memilih kombo yang mengandungi kentang goreng (saiz biasa) dan minuman Mountain Dew (saiz biasa) pada harga hanya RM7.80 (harga kombo & ala carte berbeza mengikut lokasi).

Selaras dengan promosi ini, KFC dengan kerjasama Fly & One FM juga akan melancarkan pertandingan foto #GrumpyNoLunchFace di Instagram. Peminat KFC digalakkan untuk mengepos gambar ‘riak wajah kecewa’ mereka kerana tidak sempat makan tengah hari akibat jadual sibuk mereka, dan hashtag (#) gambar-gambar dengan kapsyen tersebut. Pemenang yang terpilih akan menerima hadiah menarik dan juga kejutan dari pihak KFC dan stesen-stesen radio tersebut.

KFC Zinger Rice Wrap boleh didapati bermula dari 5 Mac, sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my


(SEMASA) TIMBALAN MENTERI KEWANGAN UCAP TAHNIAH KEPADA KFC ATAS PEMATUHAN GST

$
0
0

Pic1

Simpang Renggam, 5 April 2015 – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan telah mengadakan lawatan kerja ke KFC Simpang Renggam sebagai sebahagian daripada inisiatif beliau dalam memantau pematuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang baru dikuatkuasakan. Turut hadir sama dalam lawatan kerja tersebut ialah Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia, Zulkifli Ibrahim, Naib Presiden Kanan, Johor Corporation, Nor Nekman Jaimon, Pengarah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Johor (KPDNKK), dan Yew Chin Heong, Timbalan Pengarah Kastam Negeri Johor.

Pic2

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah dan mengucapkan terima kasih kepada pihak KFC kerana mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi GST.

KFC didaftarkan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan mematuhi undang-undang GST dan amaun yang dikumpul akan dibayar kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Oleh kerana Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan, KFC mengenakan pelanggan kadar 6% berkuatkuasa dari 1 April, pada harga setiap menu dan promosi.

KFC juga mengumumkan bahawa GST menggantikan Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) yang selama ini diguna pakai oleh syarikat (6% Cukai Kerajaan).

GST yang dikenakan bagi menggantikan SST (Cukai Kerajaan) adalah pada kadar cukai standard yang sama iaitu sebanyak 6%. Oleh itu tiada perubahan dalam amaun yang dicajkan. Pelanggan akan membayar sama ada pada kadar harga yang sama atau kurang walaupun harga termasuk GST disebabkan terdapat sebahagian hidangan kegemaran pelanggan yang telah pun dikurangkan harganya.

“Kini harga yang dipaparkan pada menu mungkin kelihatan lebih tinggi dengan GST kerana harga yang dipaparkan adalah harga bersih yang termasuk 6% GST. Sebelum ini, Cukai Kerajaan sebanyak 6% tidak ditunjukkan pada menu kami dan hanya akan dicaj selepas pembayaran di mesin daftar tunai,” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia.

Antara sajian dan kombo yang telah dikurangkan harga termasuk Lunch & Dinner Treats, dan juga Value Treats yang kini bernilai RM3.00, RM4.00 dan RM5.00 serta kombo-kombo yang berkaitan disebabkan 6% GST telah diserap oleh syarikat.

Inilah komitmen berterusan KFC kepada pelanggan dalam menyediakan makanan kegemaran ramai yang enak pada harga yang hebat, walaupun termasuk GST. Sebab itulah harga beberapa sajian dan kombo telah dikurangkan berbanding sebelum ini.

KFC akan memastikan kualiti makanan, bahan-bahan dan rasanya, serta saiz hidangannya akan sentiasa kekal sama.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.kfc.com.my/gst

(SEMASA) GABUNGAN DUA RASA SEMPURNA DALAM HIDANGAN TERBARU AYAM KFC BUTTER GARLIC CRUNCH DAN BUTTER GARLIC BURGER

$
0
0

Pic1

KFC Malaysia tidak pernah jemu memikat selera pelanggannya melalui keenakan inovasi hidangan terbaru mereka, kali ini menampilkan ayam goreng KFC Butter Garlic Crunch dan Butter Garlic Burger – gabungan dua rasa sempurna bawang putih dan mentega berkrim.

 “Kami di KFC sentiasa berusaha untuk mewujudkan citarasa inovatif bagi memikat hati pelanggan-pelanggan setia kami. Produk terbaru ini adalah gabungan unik mentega berkrim dipadankan dengan bawang putih, dua keenakan yang membangkitkan aroma yang begitu menyelerakan!” kata Ahmad Taufek Omar, Ketua Pegawai Pemasaran Digital & Teknologi Maklumat, KFC Malaysia.

“Dengan pelaksanaan GST baru-baru ini, pelanggan kini lebih berhati-hati membelanjakan wang mereka. Di KFC, kami sangat memahami kehendak pengguna dan sentiasa berusaha untuk menyediakan produk yang memberikan lebih nilai kepada pelanggan. Dengan pemahaman ini, kami menawarkan hidangan kombo value treats yang mengandungi seketul ayam goreng, sepinggan nasi dan minuman berkarbonat pada harga bersih serendah RM6.95! Kami yakin dengan harga yang amat berpatutan, ianya mampu untuk menarik lebih pelanggan untuk makan di restoran KFC,” tambah beliau.

Dengan slogan “Inilah Pasangan yang Sempurna”, KFC Butter Garlic Crunch adalah ayam segar KFC yang diperap dengan campuran herba dan rempah unik serta mentega berkrim yang kemudiannya digoreng sempurna dan ditaburkan dengan sedikit serbuk bawang putih yang lazat, mencetuskan citarasa yang benar-benar menggamit selera anda.

Bagi peminat hidangan burger boleh memilih KFC Butter Garlic Burger yang menampilkan fillet ayam rangup diperap dalam keenakan bahan yang sama dan diapit dengan ban bijan yang lembut, salad segar, mayonis berkrim dan hirisan keju dengan harga RM8.40 bersih bagi hidangan a la carte.

Jadi bawalah ‘pasangan sempurna’ anda ke KFC yang berdekatan untuk menikmati hidangan KFC Butter Garlic Crunch dan Butter Garlic Burger yang boleh didapati mulai 22 April, sementara stok masih ada.

SENARAI HARGA KFC BUTTER GARLIC CRUNCH:

Ayam KFC Butter Garlic Crunch Kombo 1-ketul

1-ketul ayam goreng Butter Garlic Crunch

1 nasi Colonel

1 air berkarbonat saiz biasa

LTDT: RM6.95 bersih

Waktu Biasa: RM7.95 bersih

 

Kombo 2-ketul

2-ketul ayam goreng Butter Garlic Crunch

1 Cheezy Fries

1 air berkarbonat saiz biasa

LTDT: RM10.95 bersih

Waktu Biasa: RM11.50 bersih

 

Bucket A (4-5 orang)

9-ketul ayam goreng Butter Garlic Crunch

1 kentang goreng (Besar) (PERCUMA)

1 Kentang Putar (Besar )

1 Pepsi 1.5L

Harga Jualan: RM45.00 bersih

 

Bucket B (7-8 orang)

15-ketul ayam goreng Butter Garlic Crunch

1 Kentang goreng (Besar) (PERCUMA)

2 Kentang Putar (Besar)

1 Pepsi 1.5L

Harga Jualan: RM72.00 bersih

KFC Butter Garlic BurgerA la Carte : RM8.40 bersih

Kombo :

1 Burger

1 Cheezy Fries

1 air berkarbonat saiz biasa

LTDT: RM10.75 bersih

Waktu Biasa: RM11.30 bersih

 

LDTC – Kombo Lunch & Dinner Treats

(SEMASA) AYAM GORENG SO GOOD KINI DAPAT DIHANTAR HANYA DENGAN BEBERAPA KLIK MUDAH!

$
0
0

Pic1

Kuala Lumpur, 30 April 2015 – KFC Delivery Malaysia baru-baru ini telah melancarkan portal online www.kfcdelivery.com.my bagi khidmat penghantaran mereka yang menawarkan kemudahan untuk pelanggan yang ingin menikmati KFC di mana-mana dan pada bila-bila masa, dengan semuanya hanya di hujung jari anda!

“Hanya dengan beberapa klik yang mudah, pelanggan kini boleh menikmati hidangan lazat KFC yang dihantar terus kepada mereka,” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia.

Pic3

KFC Delivery berfungsi untuk memberi KEMUDAHAN kepada pelanggan yang sentiasa sibuk dengan urusan harian namun tetap ingin menikmati kelazatan ayam goreng dengan rasa yang sama seperti yang dinikmati di restoran KFC. KFC bermatlamat untuk menghantar ayam goreng lazat KFC serta hidangan-hidangan sampingan lain yang enak kepada mereka yang ingin menikmatinya di dalam keselesaan rumah atau tempat kerja masing-masing. Dibungkus di dalam beg penebat haba, makanan yang dipesan akan kekal panas dan segar sebaik sahaja tiba, melalui penghantaran pantas oleh pemandu-pemandu yang terlatih. Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh menghubungi talian 1300-222-888 untuk membuat pesanan mereka melalui panggilan telefon dan yang lainnya, serahkan kepada KFC.

Pic2

Dalam usaha menjaga kelestarian ekologi Bumi, KFC Delivery akan menggunakan skuter elektrik yang mesra alam bagi servis penghantaran mereka. Skuter elektrik ini juga bakal meningkatkan kepantasan dan kualiti khidmat KFC bagi memastikan pelanggan menerima pesanan makanan dengan cepat dan bermutu, di samping mengurangkan kesan karbon.

KFC Delivery akan terus berkembang dan akan menawarkan khidmat penghantaran mereka dengan lebih meluas pada masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.kfcdelivery.com.my/

(SEMASA) KFC DAN PIZZA HUT BEKERJASAMA DENGAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) TEMPATAN MELALUI PROGRAM PENGAGIHAN DANA WORLD HUNGER RELIEF

$
0
0

Pic1

Kuala Lumpur, 8 Mei 2015 – KFC dan Pizza Hut Malaysia baru-baru ini telah memberikan sumbangan berjumlah RM400,000.00 kepada empat buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan sebagai memenuhi sebahagian daripada inisiatif Program Pengagihan Dana World Hunger Relief (WHR) melalui kerjasama dengan agensi tempatan.

Persatuan Kebajikan HOPE Worldwide Kuala Lumpur, Pertiwi Soup Kitchen, Kechara Soup Kitchen Society, dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) merupakan antara badan-badan yang terpilih untuk menerima dana kempen WHR yang telah diperuntukkan bagi program usaha sama ini. Badan-badan ini masing-masing telah menerima sumbangan sebanyak RM100,000.00, dan akan menjalankan misi bersama-sama dengan program WHR KFC & Pizza Hut Malaysia bagi menghulurkan bantuan makanan kepada individu yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia.

“Kami amat berbesar hati kerana HOPE, Pertiwi, Kechara dan PBSMM sudi bekerjasama dengan pihak  kami dalam mendekati golongan miskin tegar dan gelandangan, dengan harapan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” kata Ahmad Taufek Omar, Ketua Pegawai Pemasaran Digital & Teknologi Maklumat, KFC Malaysia.

“Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan KFC & Pizza Hut atas sumbangan mereka kepada tabung WHR ini. Melalui kemurahan hati yang ditunjukkan oleh pelanggan-pelanggan kami, KFC dan Pizza Hut mampu untuk mengumpul dana dan seterusnya menyalurkannya kepada individu-individu yang memerlukan di seluruh Malaysia,” tambah beliau.

Kempen WHR KFC dan Pizza Hut Malaysia telah berjaya mengumpul sejumlah RM2.6 juta pada tahun lepas. Inisiatif tahunan untuk membantu membasmi isu kebuluran di dunia ini telah berjaya mengumpulkan dana melalui kempen selama tiga bulan bermula pada Jun 2014. Kempen ini telah menyeru kepada pelanggan-pelanggan yang bermurah hati untuk menderma melalui tabung derma yang disediakan dan juga melalui pembelian set hidangan WHR di rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut (set hidangan yang dijual di bawah promosi ini dikenakan caj tambahan RM0.50  yang kemudiannya disalurkan kepada tabung WHR).

Sebahagian daripada dana ini telah disalurkan kepada United Nations World Food Programme (WFP) manakala sebahagian besar pula disalurkan ke seluruh Malaysia.

Program Pengagihan Dana WHR yang telah dilancarkan pada tahun lepas juga dijangka akan semakin berkembang dengan penglibatan pelbagai NGO lain yang akan menjadi penggerak dalam usaha mengagihkan dana tersebut. Selain daripada NGO yang dinyatakan di atas, Program Pengagihan Dana WHR ini juga turut bekerjasama dengan Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan.

Program ini juga akan secara berterusan mencari keluarga dan individu yang memerlukan bantuan di seluruh Malaysia dengan menyediakan makanan, barangan keperluan dapur serta bantuan kewangan selama enam bulan dengan harapan supaya sumbangan ini dapat meringankan beban dan juga membuka peluang mereka untuk memperbaiki taraf kehidupan.

Program Pengagihan Dana ini dijangka dapat menyediakan hidangan makanan kepada lebih 300,000 individu di Malaysia.

(SEMASA) LEDAKAN RASA DALAM KFC AYAM KICAP MELETUP!

$
0
0

Pic1

KFC Malaysia menampilkan citarasa yang sungguh lazat untuk dinikmati pelanggan di musim perayaan ini, dengan memperkenalkan hidangan baharu KFC Ayam Kicap Meletup yang menampilkan pembangkit selera kegemaran rakyat Malaysia – gabungan ideal rempah ‘meletup’ dan aroma kicap yang unik.

Pic2

“Produk terbaru ini merupakan keenakan yang diberikan sentuhan tempatan bagi memenuhi citarasa pelanggan di bulan Ramadan dan Aidilfitri ini. Dengan harga yang amat berpatutan, iaitu hanya RM10.95, pelanggan kini boleh menikmati hidangan lengkap yang juga enak bagi dijadikan juadah berbuka puasa bersama rakan-rakan dan keluarga. Kami ingin pelanggan berkongsi kelazatan KFC Ayam Kicap Meletup dengan semua!”, kata Ahmad Taufek Omar, Ketua Pegawai Pemasaran Digital & Teknologi Maklumat, KFC Malaysia.

Pic 5

Dengan slogan “Sangat Meletup, Mesti Kongsi” Ayam Kicap Meletup ini mempunyai rasa yang terlalu enak untuk dinikmati secara bersendirian dan seharusnya dikongsi beramai-ramai. Menu ini merupakan gabungan rempah meletup dan kicap unik yang diadun bersama ayam rangup KFC, bagi menghasilkan satu rasa yang membangkitkan kelazatan sebenar ayam goreng.

Pic 4

KFC menawarkan Ayam Kicap Meletup dalam pelbagai pilihan kombo pada harga yang sungguh berpatutan. Untuk hidangan kombo dua ketul ayam, pelanggan boleh memilih antara Oriental Combo (berserta hidangan sampingan nasi dan kuah Original Recipe) atau Western Combo (dengan kentang goreng) dengan kedua-duanya berharga RM10.95 setiap satu. Bagi hidangan yang lebih besar, KFC Ayam Kicap Meletup juga boleh didapati dalam kombo Family Feast yang mengandungi sembilan ketul ayam, kentang putar dan PERCUMA kentang goreng saiz besar dan sebotol Pepsi 1.5 liter, kesemuanya pada harga RM42.50 (RM8.50 seorang).

Pic 3

KFC juga menawarkan set kutleri Candy Crush edisi terhad sempena promosi ini. Anda boleh memilikinya dengan setiap pembelian set premium bucket KFC Ayam Kicap Meletup. Set kutleri keluli tahan karat dengan pemegang porselin ini boleh didapati dalam empat reka bentuk berbeza yang berwarna-warni. Set premium bucket berharga antara RM51.00 hingga RM74.25. Set kutleri Candy Crush ini juga boleh dibeli secara berasingan pada harga RM9.95 untuk setiap set.

Kunjungi restoran KFC berdekatan anda hari ini untuk menikmati Ayam Kicap Meletup yang boleh didapati bermula dari 11 Jun, sementara stok masih ada.

(SEMASA) PELANCARAN KEMPEN WORLD HUNGER RELIEF 2015 BERMULA DENGAN PELBAGAI INISIATIF MENARIK

$
0
0

????????????????????????????????????

Kempen World Hunger Relief (WHR), yang merupakan inisiatif tahunan dari KFC dan Pizza Hut Malaysia bagi membantu membasmi isu kebuluran di dunia telah kembali, kini lebih hebat dari biasa, dengan pelbagai usaha yang menarik bagi menimbulkan kesedaran kepada orang ramai. Antara kelainan yang dibawa pada kempen tahun ini adalah dengan penglibatan pelakon dan pengacara, Scha Alyahya yang telah bersetuju untuk menyertai kempen ini sebagai jurucakap.

Pic1

Dilantik sebagai jurucakap kerana karisma serta imej bersihnya, Scha akan muncul untuk membuat beberapa pengumuman awam (PSA) untuk kempen ini, poster/bahan bercetak lain di restoran KFC dan Pizza Hut, serta inisiatif-inisiatif di media sosial. Di samping itu, Scha juga akan melawat komuniti dan keluarga-keluarga miskin dengan disertai sukarelawan dari KFC dan Pizza Hut bagi menjayakan kempen pengagihan WHR dan juga kerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan. Popularitinya dilihat akan memberi kesan positif terhadap kempen ini.

“Saya percaya tiada manusia yang harus tidur dalam kelaparan dan hal ini amat menyentuh perasaan apabila terdapat ramai penduduk di dunia ini yang masih dibelenggu isu kebuluran. Isu ini benar-benar menyentuh perasaan saya dan disebabkan itu saya tidak berfikir panjang untuk turut serta dalam kempen ini”, kata Scha.

Pic4

“Sebagai seorang ibu, saya juga tidak dapat membayangkan perasaan pilu apabila tidak mampu menyediakan keperluan yang secukupnya kepada anak saya, dan saya juga tidak sanggup melihat perkara sedemikian berlaku kepada orang lain. Jadi bagaimana pula dengan anda?,” katanya sepenuh hati.

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, kempen WHR akan mengumpul dana melalui pembelian set hidangan “World Hunger Meal” di  rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut dan setiap set hidangan yang dijual di bawah promosi ini akan dikenakan caj tambahan RM0.50 yang akan disalurkan kepada tabung WHR. Kempen selama tiga bulan ini yang bermula pada bulan Jun, turut akan menyediakan tabung derma yang diletakkan di setiap restoran KFC dan Pizza Hut.

Di samping itu, kempen ini juga telah memperluaskan usahanya iaitu dengan menambah saluran menderma secara atas talian.  Portal derma tersebut boleh dilayari di laman facebook World Hunger Relief www.facebook.com/WHRMalaysia bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menderma secara mudah.

Pic3

Kempen ini juga seterusnya akan diserikan lagi dengan acara kemuncak iaitu konsert amal yang akan dilangsungkan pada akhir tahun 2015. Konsert amal yang bertujuan untuk mengumpul dana ini bakal menampilkan penyanyi-penyanyi tempatan yang turut memainkan peranan mereka bagi tujuan ini.

“Dengan berjuta-juta rakyat di seluruh dunia diancam isu kebuluran, kita semua perlu mencari jalan terbaik untuk membantu menangani masalah ini. Maka pada tahun ini, pihak KFC dan Pizza Hut akan berusaha sedaya upaya mewujudkan kesedaran dalam masyarakat bagi menjayakan kempen ini. Sebagai antara jenama restoran terbesar, kami rasa bertanggungjawab untuk memimpin usaha menangani masalah kebuluran dunia dan seterusnya membantu dalam membasmi kemiskinan”, kata Ahmad Taufek Omar, Ketua Pegawai Pemasaran Digital & Teknologi Maklumat, KFC Malaysia.

“Kempen World Hunger Relief merupakan contoh yang bagus kepada masyarakat kerana kempen seperti ini membuktikan bahawa banyak perkara yang baik dapat dicapai apabila individu-individu berhimpun demi satu tujuan yang murni. Kempen WHR akan terus membantu orang ramai di seluruh Malaysia dan juga negara-negara lain bagi membasmi masalah kebuluran yang melanda dunia”, kata Low Kang Moon, Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia.

Kempen WHR di Malaysia telah menjangkau tahun yang ke sembilan dengan objektif utamanya adalah mengumpul dana bagi menyediakan bantuan makanan kepada negara-negara yang dilanda kebuluran tidak kira di peringkat dalam negeri mahupun di luar negara.

Selari dengan tahun-tahun sebelumnya, sebahagian daripada dana ini akan disalurkan kepada United Nations World Food Programme (WFP) manakala sebahagian besarnya pula akan disalurkan ke seluruh Malaysia.

Semenjak penubuhannya, kempen ini memberi fokus berkaitan dengan bantuan makanan bagi mereka yang kurang bernasib baik. Antara usaha-usaha dan aktiviti yang dijalankan untuk pengagihan dana adalah Program Pengagihan Dana WHR ‘Step Out, Stop Hunger’, di mana keluarga atau individu terpilih di seluruh Malaysia akan menerima sumbangan berbentuk makanan, barangan keperluan dapur serta bantuan kewangan selama enam bulan. Di samping itu, dana tersebut juga akan diagihkan melalui kerjasama dengan pelbagai NGO termasuk HOPE Worldwide Kuala Lumpur, PERTIWI Soup Kitchen, Kechara Soup Kitchen, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan juga beberapa badan kerajaan lain. Kempen ini juga turut menyumbangkan wang tunai kepada rumah-rumah kebajikan di seluruh Malaysia.

(SEMASA) HIDANGAN YANG MENGUKIR SENYUMAN

$
0
0

Pic 4

Sebuah inisiatif tanggungjawab sosial KFC & Pizza Hut, World Hunger Relief (WHR) 2015, baru-baru ini telah bekerjasama dengan sebuah badan NGO, PERTIWI Soup Kitchen dalam memberikan senyuman dan keceriaan kepada golongan gelandangan dan kurang berkemampuan melalui pengedaran makanan yang lazat dari KFC dan Pizza Hut.

Pic 2

Sekumpulan sukarelawan bersama-sama dengan kakitangan KFC dan Pizza Hut serta jurucakap WHR yang baru dilantik, pelakon dan pengacara – Scha Alyahya, turut hadir untuk mengedarkan makanan dan minuman kepada mereka yang memerlukan. Sesi yang bermula dari jam 9 malam hingga 12 tengah malam itu telah berjaya mengedarkan makananan kepada lebih daripada 700 individu yang kurang bernasib baik.

Ia merupakan hari yang istimewa apabila mereka dikejutkan dengan hidangan ayam goreng KFC dan piza lazat dari Pizza Hut sebagai tambahan kepada nasi bungkus dan minuman yang disediakan pada malam itu. “Mereka teruja kerana tiada siapa pun antara mereka yang menyangka akan diberikan ayam goreng dan piza sehinggalah mereka ternampak kotak-kotak makanan KFC dan Pizza Hut. Kebanyakkan mereka sudah bertahun-tahun tidak menjamah ayam goreng KFC dan ada juga yang tidak pernah mencubanya langsung sebelum ini,” kata salah seorang daripada sukarelawan. Perkara yang amat menyentuh perasaan para sukarelawan adalah kemesraan yang terjalin antara mereka dengan golongan gelandangan ini. Walaupun hidup dengan serba kekurangan, mereka kelihatan tenang, ramah dan mudah didekati.

“Terdapat sejumlah besar badan amal di luar sana yang menjalankan program kebajikan dengan membantu golongan gelandangan contohnya seperti PERTIWI Soup Kitchen, dan kami berada di sini bagi memberikan sepenuhnya sokongan yang termampu terhadap usaha-usaha murni ini,” kata Ahmad Taufek Omar, Ketua Pegawai Pemasaran Digital & Teknologi Maklumat, KFC Malaysia.

PERTIWI Soup Kitchen merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang telah ditubuhkan sejak 48 tahun yang lalu. Badan ini terus komited menghulurkan bantuan bagi meringankan beban gelandangan dan golongan miskin tegar melalui Soup Kitchen yang beroperasi di ibu kota sejak lima tahun lalu. Soup Kitchen ini memberikan bantuan makanan kepada 500 hingga 700 individu dan beroperasi di kawasan Chow Kit, Kota Raya, Masjid India dan Masjid Negara. Makanan yang diedarkan terdiri daripada nasi, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan, berserta minuman.

“Lazimnya kami menyediakan makanan asas kepada mereka yang kelaparan, mengikut sukatan pemakanan yang sesuai, tetapi sekali-sekala seronok juga melihat mereka teruja dengan penambahan hidangan seperti hari ini. Kami amat berterima kasih kepada pihak KFC dan Pizza Hut melalui program WHR mereka yang berjaya membantu ramai orang,” kata Pengerusi Pertiwi Soup Kitchen, Munirah Abdul Hamid.

Di samping itu, menerusi dana WHR, sejumlah RM100,000.00 telah didermakan kepada PERTIWI sebelum ini dan akan terus digunakan bertujuan untuk menyediakan makanan yang secukupnya bagi mereka yang memerlukan.

Kempen World Hunger Relief (WHR) merupakan inisiatif tahunan dari KFC dan Pizza Hut Malaysia bagi membantu membasmi isu kebuluran di dunia telah dilancarkan pada 17 Jun 2015 dengan pelbagai inisiatif yang menarik bagi mengumpulkan dana. Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, kempen WHR akan mengumpul dana melalui pembelian set hidangan “World Hunger Meal” di rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut dan setiap set hidangan yang dijual di bawah promosi ini akan dikenakan caj tambahan RM0.50 yang akan disalurkan kepada tabung WHR. Kempen selama tiga bulan ini yang bermula pada bulan Jun, turut akan menyediakan tabung derma yang diletakkan di setiap restoran KFC dan Pizza Hut. Di samping itu, kempen ini juga telah memperluaskan usahanya iaitu dengan menambah saluran menderma secara atas talian.  Portal derma tersebut boleh dilayari di laman facebook World Hunger Relief www.facebook.com/WHRMalaysia bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menderma secara mudah.

Selari dengan tahun-tahun sebelumnya, fokus kempen adalah berkaitan dengan bantuan makanan dan dana tersebut telah disalurkan bagi membantu mereka yang kelaparan dan kurang bernasib baik. Program Pengagihan Dana WHR yang dilancarkan tahun lalu ini juga telah memperluaskan kerja pengagihannya melalui kerjasama dengan pelbagai NGO yang menjadi penggerak dalam usaha pengagihan tersebut. Selain PERTIWI Soup Kitchen, Program Pengagihan Dana WHR juga sedang bekerjasama dengan beberapa NGO lain termasuk HOPE Worldwide Kuala Lumpur,  KECHARA Soup Kitchen, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan.


(SEMASA) CITARASA IDAMAN DALAM PRODUK KFC TERBARU – MASAK MERAH RICE WRAP

$
0
0

 Pic 1

Kuala Lumpur, 3 Ogos 2015 – KFC Malaysia menghasilkan satu sentuhan unik terhadap hidangan Zinger Rice Wrap yang mendapat sambutan hangat pada bulan Mac lalu dengan menggabungkan citarasa tradisional keenakan masak merah di dalam produk terbaru, KFC Masak Merah Rice Wrap.

Pic 4

“Produk terbaru ini adalah sajian seimbang, ringkas dan menyelerakan, dengan olahan citarasa tempatan kegemaran rakyat Malaysia, iaitu masak merah. Kami di KFC berasa amat teruja kerana dapat menyediakan para pelanggan setia KFC, terutama sekali golongan remaja dan belia dengan hidangan yang sesuai dengan gaya hidup mereka yang sentiasa sibuk,” kata Ahmad Taufek Omar, Ketua Pegawai Pemasaran Digital & Teknologi Maklumat, KFC Malaysia.

Hidangan terbaru KFC Masak Merah Rice Wrap ini adalah gabungan kepingan Zinger rangup, dibalut dengan tortilla bakar, berintikan Nasi Colonel, sayuran segar seperti tomato, bawang, timun rangup dan disempurnakan dengan sos masak merah yang lazat. KFC Masak Merah Rice Wrap adalah satu hidangan lengkap yang bukan sahaja menyelerakan, malah ringkas serta mudah untuk dinikmati di mana jua anda berada.

Buat pertama kalinya, KFC Malaysia menawarkan hidangan Rice Wrap ini dalam saiz Jumbo (menggunakan tortilla 10.5 inci) dengan harga hanya RM6.90* untuk hidangan a la carte. Untuk hidangan yang lebih besar, pelanggan boleh memilih Masak Merah Rice Wrap saiz Jumbo dalam kombo yang mengandungi kentang goreng (saiz biasa) dan minuman terbaru, 7Up Lemon & Mint pada harga yang berpatutan, iaitu hanya RM8.90*.

Untuk lebih nilai, pelanggan juga boleh memilih Super Jimat Rice Wrap Box, yang mengandungi satu KFC Masak Merah Rice Wrap bersaiz junior (menggunakan tortilla 6.5 inci), seketul ayam Original Recipe atau Hot & Spicy, satu kentang goreng Crispier Fries (saiz kecil), dan satu minuman berkarbonat dengan harga yang sungguh berpatutan, pada hanya RM9.45!

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati hidangan terbaru ini di KFC berdekatan bermula dari 3 Ogos, sementara stok masih ada.

(*Harga A la Carte dan Kombo mungkin berbeza mengikut lokasi.)

(SEMASA) NIKMATI PENJIMATAN HEBAT SEMPENA MUSIM KEMERDEKAAN INI DENGAN KFC BUCKET RIA!

$
0
0

Pic 1

Kuala Lumpur, 18 Ogos 2015 – KFC telah menghasilkan kombo yang menarik serta berbaloi buat para penggemar KFC bagi dinikmati bersama rakan-rakan dan keluarga sempena musim kemerdekaan ini dengan memperkenalkan KFC Bucket Ria!

Pic 2

Dengan slogan “Lebih Jimat, Lebih Senyuman”, KFC Bucket Ria ditawarkan pada harga yang bukan sahaja menjimatkan malah amat berpatutan dan pastinya membuat anda tersenyum lebar selain menggamit pelbagai kenanangan khususnya di hari Merdeka yang bakal menjelang.

KFC Bucket Ria mengandungi hidangan KFC kegemaran ramai seperti ayam goreng Original Recipe dan juga Hot & Spicy, kentang putar, coleslaw, kentang goreng Crispier Fries, dan juga minuman.

KFC Bucket Ria menampilkan tiga jenis kombo iaitu Kombo A (5 ketul ayam), Kombo B (9 ketul ayam), dan Kombo C (15 ketul ayam) dengan harga antara RM24.90, RM43.90 dan RM66.90 bagi disesuaikan dalam apa jua keadaan, sama ada makan malam bersama yang tersayang mahupun untuk sebarang majlis keraian. Kombo-kombo bernilai hebat ini pastinya akan membuat anda lebih tersenyum apabila berpeluang untuk berjimat sehingga RM13.00 dengan mana-mana kombo yang dipilih!

Promosi bagi KFC Bucket Ria merangkumi pengiklanan di TV, radio, akhbar, media online, titik bahan jualan untuk capaian yang lebih meluas kepada pelanggan.

KFC Bucket Ria boleh didapati di semua restoran KFC di seluruh negara untuk masa yang terhad sahaja bermula dari 3 Ogos hingga 21 September 2015. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan untuk menikmati hidangan terbaru ini di restoran KFC yang berdekatan!

Kombo Bucket Ria

Bucket A Combo, RM24.90 Bucket B Combo, RM43.90 Bucket C Combo, RM66.90
 5pcs Chicken (OR/HS) 9pcs Chicken (OR/HS) 15pcs Chicken (OR/HS)
Crispier Fries (L) Crispier Fries (L) Crispier Fries (L)
Coleslaw (L) Coleslaw (L) Coleslaw (L)
2 Soft drinks (R) Whipped Potato (L) Whipped Potato (L)
Pepsi 1.5L Pepsi 1.5L

-TAMAT-

(SEMASA) PROGRAM MAKANAN KESIHATAN SEKOLAH KEBANGSAAN LALOH DARI TABUNG WORLD HUNGER RELIEF KFC & PIZZA HUT

$
0
0

Pic1

KFC & Pizza Hut Malaysia telah memberi sumbangan sebanyak RM200,000.00 kepada Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) dari tabung World Hunger Relief bagi usaha kerjasama mereka dalam Program Makanan Kesihatan (ProMak). Melalui program ini, 440 murid Sekolah Kebangsaan Laloh disediakan dengan makan tengahari selama 6 bulan.

Encik Ahmad Taufek Omar, Ketua Pegawai Pemasaran Digital & Teknologi Maklumat, QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd (operator KFC & Pizza Hut Malaysia) dan Jurucakap World Hunger Relief KFC & Pizza Hut Malaysia, Scha Alyahya telah menyerahkan cek repika kepada Pengurus Besar YOKUK, Sulaini Mat Il serta Mohd Azmi Mat Deris, Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah Kebangsaan Laloh.

Program ProMak yang telah bermula pada bulan Mei akan berterusan sehingga akhir tahun persekolahan. Objektif program ini adalah untuk menyediakan makanan yang berkhasiat kepada kanak-kanak Sekolah Kebangsaan Laloh yang kebanyakannya terjejas disebabkan bencana banjir yang menimpa hujung tahun lepas. Melalui program ini, setiap kanak-kanak diberi kotak makanan tengah hari (lunch box) ini yang dihidangkan lima kali seminggu di sekolah.

Menu kotak makanan tengah hari ini berbeza setiap hari bagi memastikan kanak-kanak ini dapat merasa pelbagai variasi hidangan menu yang menarik tanpa merasa jemu. Menu ini dipilih dengan teliti dan mengikut keperluan piramid makanan seimbang termasuk karbohidrat, protein, dan vitamin. Di samping itu, kanak-kanak ini juga diberi Kotak Nutrisi (nutrition box) untuk dibawa pulang seminggu sekali yang mengandungi minuman sihat yang diperkayakan dengan kalsium (susu coklat/minuman yoghurt/jus buah) dan makanan ringan (roti/ban sardin dan biskut oat/bijirin sarapan).

Guru-guru bertindak untuk menyelaras, memantau dan melaksanakan Program ProMak dan ianya diselia oleh Pegawai Pemakanan dari Kementerian Kesihatan dan wakil-wakil dari YOKUK.

“Program Makanan Kesihatan ini merupakan projek perintis bagi Program Pengagihan World Hunger Relief KFC & Pizza Hut dan kami amat berbangga dan berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan YOKUK untuk memberi bantuan pemakanan kepada anak-anak Sekolah Kebangsaan Laloh,” kata Ahmad Taufek Omar, Ketua Pemasaran Digital & Teknologi Maklumat, KFC Malaysia

“Malnutrisi mempunyai kesan langsung kepada mortaliti, morbiditi, pendidikan dan perkembangan otak dalam jangkamasa panjang. Badan yang sihat membawa kepada fikiran yang sihat dan objektif program ini adalah untuk menyediakan makanan yanag berkhasiat kepada anak-anak Sekolah Kebangsaan Laloh”.

“Saya juga ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan KFC dan Pizza Hut yang bermurah hati menyumbang kepada Tabung World Hunger Relief. Program seperti ini dapat dijalankan kerana jasa baik pelanggan KFC dan Pizza Hut dan hasilnya, ramai individu yang layak mendapat manfaat daripada sumbangan mereka, “ tambah beliau.

“Saya berasa amat sayu bila mendapat tahu bahawa salah satu isu utama yang dihadapi oleh mereka yang terjejas selepas banjir adalah isu malnutrisi dikalangan kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan makanan yang berkhasiat untuk memastikan perkembangan otak dan badan yang sihat. Sebagai seorang ibu, ianya benar-benar menyentuh hati saya dan saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana dapat memainkan peranan dalam membantu Program Makanan Kesihatan ini”, kata Scha Alyahya, Jurucakap, Kempen WHR KFC & Pizza Hut Malaysia.

“Pada akhir tahun lepas, bencana alam yang melanda Kelantan telah mengakibatkan ramai yang terpaksa berhadapan dengan kehilangan harta-benda akibat banjir. Salah satu kawasan yang terjejas adalah Kampung Laloh dan kampung-kampung sekitarnya. Mengambil kira aspek ini, kanak-kanak Sekolah Kebangsaan Laloh telah dipilih untuk program ini”, kata Sulaini Mat Il, Pengurus Besar YOKUK.

Selari dengan tahun-tahun sebelumnya, fokus kempen adalah berkaitan dengan bantuan makanan di mana dana telah disalurkan bagi membantu mereka yang kelaparan dan kurang bernasib baik. Program Pengagihan Dana WHR yang dilancarkan tahun lalu telah memperluaskan kerja pengagihannya melalui kerjasama dengan pelbagai NGO yang menjadi penggerak dalam usaha pengagihan tersebut. Selain, Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), Program Pengagihan Dana WHR juga sedang bekerjasama dengan beberapa NGO lain termasuk HOPE Worldwide Kuala Lumpur, KECHARA Soup Kitchen, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, PERTIWI Soup Kitchen, dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan.

Kempen World Hunger Relief (WHR) merupakan inisiatif tahunan dari KFC dan Pizza Hut Malaysia bagi membantu membasmi isu kebuluran di dunia telah dilancarkan pada 17 Jun 2015 dengan pelbagai inisiatif yang menarik bagi mengumpulkan dana. Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, kempen WHR akan mengumpul dana melalui pembelian set hidangan “World Hunger Meal” di rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut dan setiap set hidangan yang dijual di bawah promosi ini akan dikenakan caj tambahan RM0.50 yang akan disalurkan kepada tabung WHR. Kempen selama tiga bulan ini yang bermula pada bulan Jun, turut akan menyediakan tabung derma yang diletakkan di setiap restoran KFC dan Pizza Hut. Di samping itu, kempen ini juga telah memperluaskan usahanya iaitu dengan menambah saluran menderma secara atas talian.  Portal derma tersebut boleh dilayari di laman facebook World Hunger Relief www.facebook.com/WHRMalaysia bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menderma secara mudah.

(SEMASA) KFC RAIKAN PEMENANG-PEMENANG PERADUAN SEHATI SEJIWA BERSAMA SCHAWAL

$
0
0

 Pic 1

Ia merupakan malam yang penuh dengan kegembiraan dan keseronokkan apabila KFC meraikan lebih 100 orang peminat mereka pada majlis yang bertemakan “Merdeka”. Antara tetamu yang hadir termasuk 30 orang peserta yang terpilih melalui pertandingan foto KFC Sehati Sejiwa Bersama Schawal. Turut hadir pada malam tersebut ialah Pengurus Besar Kanan, KFC Marketing, Angelina Villanueva, Timbalan Pengurus Besar, KFC Marketing, John Warkey, serta pasangan selebriti popular Scha Alyahya dan Awal Ashaari.

Pic 3

Pertandingan yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 3 September 2015 ini telah menerima jumlah penyertaan yang begitu menggalakkan. Melalui peraduan ini, peserta dikehendaki mengambil gambar secara bersendirian atau berkumpulan berserta pesanan makanan yang dibeli melalui KFC Delivery (hotline: 1300-222-888 atau laman web: www.kfcdelivery.com.my ) mengikut kreativiti mereka. Gambar-gambar tersebut juga perlu membawa pengertian “Sehati Sejiwa” dan bagaimana mereka menghayatinya.

Peserta kemudiannya dikehendaki untuk memuat naik gambar tersebut di akaun Instagram atau Facebook mereka atau laman Facebook KFC Malaysia dengan hashtag #KFCdelivery dan #SehatiSejiwa. Pemenang kemudiannya dipilih berdasarkan kreativiti dan keaslian dalam mempamerkan produk di dalam gambar berserta slogan yang menarik.

 “Kami amat teruja dengan sambutan yang diterima terhadap pertandingan ini. Pelanggan-pelanggan KFC sememangnya kreatif, bersahaja dan benar-benar bersemangat patriotik,” kata Angelina Villanueva, Pengurus Besar Kanan, KFC Marketing.

“Sebagai sebuah jenama yang sentiasa meraikan kebersamaan, kami berasa amat bertuah kerana dapat menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat,” tambah beliau.

10 pemenang bertuah telah terpilih daripada 30 peserta yang telah disenarai pendek, berdasarkan gambar yang terbaik. Afanddy Bin Hushni merupakan pemenang utama yang berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,500.00, manakala Khairuddin Bin Muhammad memenangi RM1,300.00 selaku naib johan, dan Zarith Nadiah Binti Zulkefli memenangi RM1,000.00 selaku pemenang tempat ketiga. Tujuh pemenang saguhati pula membawa pulang wang tunai sebanyak RM200.00 setiap seorang.

“Saya berasa gembira, terutama sekali apabila melihat anak-anak saya begitu teruja. Mereka sangat seronok berada di sini,” kata Afanddy Bin Hushni yang memenangi hadiah utama. Afanddy turut berkata dia sememangnya tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai apa juga pertandingan yang dianjurkan oleh KFC dan KFC Delivery pada masa yang akan datang.

“Saya dan isteri memang gemar makan KFC sejak dari zaman kanak-kanak lagi, sehinggalah kini anak-anak kami turut menggemarinya. Perkara ini yang memberi inspirasi kepada saya untuk menyertai peraduan ini,” kata Khairuddin Bin Muhammad yang datang dari Johor Bahru bagi menghadiri majlis itu bersama isteri dan dua orang anaknya.

Sementara itu, pemenang tempat ketiga, Zarith Nadiah Binti Zulkefli begitu terharu dan gembira kerana memenangi pertandingan ini. “Saya tidak sangka akan menang, kerana semua penyertaan lain memang hebat-hebat belaka. Tetapi saya amat bersyukur kerana rezeki saya untuk menang pada malam ini,” katanya.

Ia semestinya malam untuk diingati bukan sahaja untuk para pemenang tetapi juga kepada semua tetamu yang hadir. Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan telah diadakan termasuk lucky draw, face painting, pelbagai permainan yang menghiburkan, sesi beramah mesra dengan selebriti jemputan, photo booth dan semestinya, hidangan ayam goreng lazat dari KFC! Dengan pelbagai hadiah, beg cenderahati serta cabutan bertuah yang diberikan, semua yang hadir gembira dan tiada yang pulang dengan tangan kosong.

(SEMASA) KFC RAIKAN HARI MERDEKA BERSAMA KANAK-KANAK KURANG BERNASIB BAIK

$
0
0

????????????????????????????????????

Kuala Lumpur, 18 September 2015 – Sempena sambutan hari kemerdekaan yang ke 58 dan Hari Malaysia, KFC telah mengambil kesempatan untuk memupuk semangat patriotisma dikalangan anak-anak muda dengan menganjurkan sebuah majlis bertemakan kemerdekaan bersama 40 kanak-kanak kurang bernasib baik di Wisma KFC, Jalan Sultan Ismail, baru baru ini.

????????????????????????????????????

Kanak-kanak yang diraikan adalah dari Yayasan Sunbeams Home, serta beberapa pertubuhan anak yatim sekitar Kuala Lumpur. Majlis penuh ceria ini adalah sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat KFC Malaysia untuk terus berbakti kepada masyarakat.

Restoran KFC telah diceriakan lagi dengan hiasan berunsur patriotisma termasuk bendera kebangsaan dan juga belon yang bewarna warni bagi mewujudkan suasana ceria dan menyeronokkan untuk dinikmati oleh kanak-kanak ini. Majlis riang dan ceria ini diserlahkan lagi dengan pelbagai aktiviti dan permainan serta hiburan dari Awang Badut yang turut membentuk belon dalam pelbagai corak menarik untuk kanak-kanak ini.

Kanak-kanak tersebut juga turut dihiburkan dengan pertunjukan silap mata, nyanyian serta tarian sebelum menjamu selera dengan hidangan ayam goreng KFC dan juga hidangan sampingan lazat yang lain, bersama penjaga mereka dan kakitangan KFC. Selain hidangan ayam goreng KFC, mereka juga dihidangkan dengan kek lazat dengan corak bertemakan Merdeka.

????????????????????????????????????

“Kami berasa amat terharu dengan usaha pihak KFC untuk meraikan Hari Merdeka bersama dengan kanak-kanak ini. Mereka sungguh gembira, KFC telah menunjukkan kepada mereka erti kemerdekaan yang sebenar iaitu berkongsi dan juga semangat kebersamaan,” kata Saraswathy, penjaga di Yayasan Sunbeams Home.

“Saya amat berbesar hati dan berasa gembira bila dapat melihat kanak-kanak ini seronok, tetapi apa yang lebih bermakna adalah semangat patriotisma yang terpancar pada kanak-kanak ini. Majlis seumpama ini sememangnya penuh dengan unsur pendidikan dan patriotisma,” tambah beliau.

(SEMASA) “KFC SUPER JIMAT BOX”– NILAI TERBAIK DALAM SEKOTAK HIDANGAN!

$
0
0

Pic1SuperJimatBox

KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2015 Pelanggan kini berpeluang untuk menikmati penjimatan yang lebih hebat dengan hidangan KFC Super Jimat Box.  Untuk masa yang terhad,  hidangan ini kini hanya RM8.95 nett. Hidangan serba jimat ini mengandungi Lil’ Zinger Burger, seketul ayam goreng KFC (pilih samada Original atau Hot & Spicy), serta kentang goreng Crispier Fries dan satu minuman berkarbonat, menjadikannya sebuah hidangan yang cukup lengkap dan pasti memuaskan selera.

“Kami ingin pelanggan menikmati segala keenakan KFC menerusi sekotak hidangan yang sungguh menjimatkan. Dengan gabungan hidangan ayam goreng KFC yang diminati ramai, Lil’ Zinger Burger, kentang goreng Crispier Fries dan minuman, kami yakin Super Jimat Box pasti akan memuaskan selera dan poket anda,” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia.

Disasarkan kepada golongan belia bekerjaya yang sentiasa mencari nilai yang terbaik dalam setiap hidangan tanpa perlu menjejaskan kualiti, Super Jimat Box menampilkan pilihan terbaik untuk hidangan ringkas yang senang dimakan dimana-mana pada bila-bila masa sahaja.

“Saya yakin pengurangan harga untuk Super Jimat Box ini akan menarik perhatian lebih ramai pelanggan. KFC Super Jimat Box adalah pilihan ideal bagi mereka yang menginginkan kepelbagaian dalam hidangan pada nilai yang hebat,” tambah beliau.

Harga istimewa KFC Super Jimat Box ini adalah untuk waktu yang terhad sahaja bermula dari 6 Oktober 2015 di setiap restoran KFC terpilih di negara ini.

(SEMASA) PENGHANTARAN ISTIMEWA BUAT KANAK-KANAK RUMAH BAKTI

$
0
0

Pic 1

KUALA LUMPUR, 23 OKTOBER 2015 – KFC Malaysia baru-baru ini telah membuat penghantaran istimewa KFC kepada Rumah Bakti Dato’ Harun di Ampang, yang berjaya mengukir senyuman dan kegembiraan kepada 40 kanak-kanak rumah kebajikan tersebut. Penghantaran itu lebih istimewa dengan kehadiran pasangan selebriti terkenal, Scha Alyahya dan Awal Ashaari, yang turut sama membuat kejutan penghantaran KFC serta beramah-mesra dengan kanak-kanak di rumah tersebut.

Pic 4

Majlis ceria yang dinamakan “KFC Delivery & Schawal @ Rumah Bakti” ini adalah sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat KFC Malaysia sebagai sebuah organisasi korporat untuk sama-sama berbakti kepada masyarakat.

Kakitangan KFC tiba di Rumah Bakti pada lewat pagi untuk menghias ruang legar dewan makan rumah tersebut dengan belon pelbagai warna serta hiasan ceria bagi mewujudkan suasana meriah untuk dinikmati kanak-kanak ini. Sebaik sahaja acara bermula, krew KFC Delivery serta Scha dan Awal membuat kejutan dengan menyelinap masuk ke dalam dewan sambil membawa ayam goreng KFC serta hidangan sampingan lazat lain. Aksi ini telah berjaya membuat kanak-kanak ini menjerit kegembiraan dan begitu teruja. Acara diteruskan dengan aksi-aksi yang penuh melucukan, permainan yang menyeronokkan, dan hiburan dari Awang si badut serta Scha dan Awal yang membuat mereka tak henti tertawa dengan aksi-aksi spontan dan ‘sporting’ semua yang hadir.

Pic 2

Kanak-kanak ini juga turut dihiburkan dengan pertunjukan silap mata, nyanyian dan tarian sebelum bersama-sama menikmati hidangan ayam goreng KFC, wedges, kentang putar, dan hidangan pencuci mulut  KFC Premium Desserts dengan penjaga Rumah Bakti Dato’ Harun dan juga kakitangan KFC.

Pic 3

“Majlis ini merupakan satu pengalaman yang istimewa kerana dapat meluangkan masa bersama kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini begitu cekal dan bersemangat menghadapi cabaran hidup dan apabila saya melihat mereka gembira dan tersenyum, ianya sangat bermakna buat saya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada KFC kerana sudi menjemput saya dan Awal,” kata Scha, Pelakon & Pengacara TV, serta jurucakap bagi KFC & Pizza Hut World Hunger Relief Malaysia yang telah dilantik pertengahan tahun ini.

Pic 5

“Saya amat gembira kerana dijemput dan diberi peluang untuk berinteraksi dengan kanak-kanak ini. Saya turut mengambil peluang ini untuk memberi nasihat dan kata-kata semangat untuk mereka mengejar cita-cita. Ada juga yang bertanya bagaimana nak masuk industri hiburan ini, jadi sempatlah saya memberi mereka beberapa tips untuk menjadi seorang selebriti!,” tambah Awal dengan nada berseloroh.


(SEMASA) RASA KEJU DAN PEDAS BERSATU DALAM KFC HOT & CHEEZY TERBAHARU!

$
0
0

Pic 1

KUALA LUMPUR, 12 NOVEMBER 2015 – KFC Malaysia sentiasa berusaha untuk memikat selera pelanggannya, kali ini melalui keenakan inovasi hidangan terbaru mereka, KFC Hot & Cheezy  yang menampilkan gabungan dua rasa idaman – ayam goreng Hot & Spicy dengan sos keju Romano premium untuk mencetuskan citarasa yang benar-benar menggamit selera anda.

Pic 2

Dengan slogan “Apabila keju dan pedas, dua rasa idaman bersatu!” KFC Hot & Cheezy menampilkan ayam goreng Hot & Spicy yang rangup dilimpahi dengan sos keju lazat yang diperbuat daripada keju Romano premium. Pekat dan berkrim, sos keju ini membangkitkan lagi keenakan ayam goreng Hot & spicy kegemaran ramai.

Pic 3

Kelazatan ini juga turut diperluaskan dalam bentuk burger unik, diperkaya dengan limpahan sos keju Romano premium berkrim di atas kepingan Zinger pedas, dilapisi dengan mayonis, salad segar serta nachos rangup, diapit diantara ban bijan bersaiz 4”, menjadikannya burger lazat yang penuh dengan keenakan rasa yang tidak terhingga.

Pic 4

“Peningkatan jumlah pengguna global yang menginginkan makanan jenis gourmet tetapi mudah dihidangkan serta dimakan telah menjadi inspirasi kepada KFC Malaysia untuk mencipta produk ini. Selain dari rasa pedas, penambahan sos keju pada hidangan telah menjadi satu trend yang semakin menular di kalangan rakyat Malaysia dan saya yakin produk baru ini akan digemari ramai!” kata Angelina Villanueva, Pengurus Besar Kanan, KFC Marketing.

“Para penggemar KFC berpeluang untuk menikmati keenakan sos keju Romano premium dengan ayam goreng Hot & Spicy dalam kombo lengkap pada harga hanya RM10.95, manakala penggemar burger boleh menikmati keenakan sos yang sama dalam KFC Hot & Cheezy burger pada hanya RM9.95 yang dihidang dengan Crispier Fries beserta minuman,” tambah beliau.

Untitled

Strategi pengiklanan untuk promosi KFC Hot & Cheezy termasuk siaran TV, Radio, media Sosial, akhbar, titik bahan jualan (POSM) serta risalah – untuk capaian yang lebih meluas kepada pelanggan. Produk ini boleh didapati di semua restoran KFC seluruh Negara sementara stok masih ada.

(SEMASA) RM3.6 JUTA BERJAYA DIRAIH UNTUK KEMPEN WORLD HUNGER RELIEF KFC & PIZZA HUT 2015

$
0
0

PIC_2

PUTRAJAYA, 14 NOVEMBER 2015 – Kempen World Hunger Relief (WHR) 2015 KFC & Pizza Hut Malaysia mencapai kejayaan besar pada tahun ini dengan meraih kutipan sebanyak RM 3.6 juta –RM1 juta lebih tinggi berbanding tahun lalu!

PIC_4

Inisiatif tahunan untuk membantu membasmi isu kelaparan dunia ini telah mula mengumpul dana sejak empat bulan lalu, bermula pada Jun 2015. Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, dana ini telah dijana melalui penjualan set hidangan “World Hunger Meals” KFC dan Pizza Hut (set hidangan yang dijual di bawah promosi ini dikenakan caj tambahan sebanyak 50 sen yang disalurkan terus ke tabung WHR), dan juga tabung derma yang ditempatkan di setiap restoran KFC dan Pizza Hut. Bermula pada tahun ini juga, satu lagi platform bagi mengumpul derma telah ditambah iaitu melalui aplikasi atas talian di laman Facebook WHR.

Untuk tahun 2015, bagi meningkatkan lagi jumlah sumbangan dan kesedaran awam, sebuah konsert amal WHR telah diadakan pada 14 November sebagai acara kemuncak kempen tahunan WHR KFC dan Pizza Hut ini.

Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim, Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation merangkap Pengerusi QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd dalam ucapannya berkata, “Kempen WHR terus berkembang tahun demi tahun dalam aspek kesedaran masyarakat terhadap kempen ini dan juga pengumpulan dana yang lebih tinggi. Kerjasama anda semua telah memberi kesan yang amat besar dalam kehidupan keluarga-keluarga serta individu yang amat memerlukan bantuan dari segi makanan dan kewangan.”

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kemurahan hati masyarakat yang ikhlas menderma dan menyokong usaha murni ini,” katanya. “Tahun 2015 merupakan tahun di mana kita dapat melihat kempen WHR Malaysia semakin meningkat prestasinya bukan sahaja dari segi pengumpulan dana malah juga dari aspek pengedaran dana yang telah  dikutip pada tahun 2014 ke seluruh pelosok tanah air. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua kakitangan KFC dan Pizza Hut yang telah bertungkus lumus bagi menjadikan kempen pada tahun ini satu kejayaan besar. Saya berharap anda semua akan terus mengambil bahagian secara aktif dalam inisiatif murni seperti WHR ini pada masa-masa yang akan datang.”

Selaras dengan tahun-tahun sebelumnya, sebahagian besar daripada hasil kutipan akan disalurkan ke seluruh Malaysia melalui kerjasama erat dengan pelbagai badan-badan bukan kerajaan dan juga organisasi-organisasi tempatan bagi mencapai golongan miskin tegar, gelandangan dan mereka yang kelaparan dengan lebih efektif. Sebahagian daripada kutipan itu juga akan disalurkan ke Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membantu individu-individu malang di serata dunia yang menderita kelaparan.

Lebih daripada seribu tetamu hadir pada konsert amal ini, yang menampilkan persembahan daripada penyanyi-penyanyi tersohor tanah air iaitu Anuar Zain, Ning Baizura dan Misha Omar. Antara jemputan yang hadir adalah para penaja, kakitangan KFC dan Pizza Hut, penghuni rumah kebajikan, wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO), selebriti dan juga pengamal-pengamal media.

Permaisuri Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, merupakan tetamu kehormat pada majlis tersebut yang juga merupakan penaung Diraja WHR. Turut hadir untuk memberikan sokongan adalah Belkacem Benzaza, Ketua Depot Respon Kemanusiaan PBB, Program Makanan Dunia PBB; Madelene Sachi, Ketua Pegawai Perundangan Asia, Duta Add Hope & Deliver Hope Asia, Yum! Francais Asia, dan juga jurucakap WHR KFC & Pizza Hut Malaysia, Scha Alyahya.

(SEMASA) SARAPAN PENUH CERIA DI KFC BERSAMA SCHAWAL!

$
0
0

Pic 1

KUALA LUMPUR, 4 DISEMBER 2015 – Ianya merupakan pagi yang sungguh menyeronokkan bagi para pemenang peraduan “KFC Sarapan Bersama Schawal” apabila mereka diraikan oleh pasangan selebriti terkenal, Scha Alyahya dan Awal Ashaari di restoran KFC One Utama.

Peraduan yang berlangsung selama 11 hari ini bermula dari 2 November hingga 12 November 2015 telah menerima jumlah penyertaan yang amat menggalakkan dalam tempoh masa yang sungguh singkat. 10 pemenang dipilih berdasarkan gambar serta slogan menarik yang dikongsi di Facebook, dengan menampilkan salah satu daripada lima sarapan KFC kegemaran ramai iaitu set Classic Rice, Egg Riser, Zinger Riser, Twister Lite dan hidangan yang paling popular, Bubur Zinger.

Penyertaan ini telah diadili berdasarkan kreativiti dan keaslian: 50% bagi kreativiti slogan, 25% bagi imej, dan 25% bagi kongsian imej di Facebook. Pemenang yang terpilih kemudiannya telah diberi peluang bagi menikmati sarapan KFC lazat bersama pasangan selebriti terkenal di Malaysia iaitu Scha dan Awal.

“Bagi sesiapa yang tidak tahu, di KFC sebenarnya terdapat pelbagai lagi hidangan lazat selain ayam goreng kegemaran ramai. Set sarapan KFC bukan sahaja lazat dan berbaloi, malah ia juga mudah untuk dimakan. Terdapat banyak pilihan grab and go bagi mereka yang menggemari sarapan ringkas dan mudah,” kata Scha Alyahya yang juga merupakan peminat sarapan KFC.

“Kami amat gembira dengan sambutan yang diterima melalui peraduan ini. Para pelanggan KFC sungguh kreatif dan bersahaja apabila memuat naik gambar yang sememangnya sungguh menarik. Ada yang sanggup mendaki Bukit Broga semata-mata untuk mendapatkan pemandangan terbaik untuk peraduan ini! Kami berterima kasih atas sokongan peminat KFC semua dan kami pasti akan mengadakan lebih banyak lagi pertandingan seperti ini untuk semua peminat KFC di masa hadapan,” kata Angelina Villanueva, Pengurus Besar Kanan, KFC Marketing.

Tiga pemenang utama berjaya memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM1,500.00, RM1,300.00 dan RM1,000.00 setiap seorang manakala tujuh lagi peserta telah berjaya membawa pulang wang saguhati bernilai RM200.00. Banyak aktiviti yang menyeronokkan telah diadakan di majlis yang penuh ceria itu dengan pelbagai aktiviti permainan bersama pasangan selebriti tersebut termasuk juga aktiviti cabutan bertuah.

(SEMASA) KONGSI HIDANGAN “MELETUP” KFC DI MUSIM PERAYAAN INI!

$
0
0

Pic 1

KUALA LUMPUR, 14 JANUARI 2016 – Bagi menceriakan lagi tahun baru serta musim perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba, KFC Malaysia telah mengembalikan citarasa sensasi Ayam Kicap Meletup khas untuk dinikmati pelanggan-pelanggan setia mereka!

Pic 2

KFC Ayam Kicap Meletup menampilkan ayam KFC kegemaran ramai yang digoreng rangup, digabung bersama kicap Shoyu import yang unik, rumpai laut, emping cili, bijan dan rempah-ratus istimewa. Gabungan ini seterusnya menghasilkan kelazatan berasaskan rasa manis, pedas dan berempah dalam setiap gigitan.

“Ayam Kicap Meletup pernah dilancarkan pada bulan Jun tahun lalu dan berikutan sambutan yang amat memberangsangkan, kami menawarkan produk ini kembali atas permintaan ramai. Gabungan ideal ayam goreng KFC dengan sentuhan kegemaran tempatan – kicap dan cili menjadikan produk ini disukai ramai,” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia.

Pic 5

“Kami yakin pelanggan-pelanggan akan berasa gembira kerana sekali lagi berpeluang untuk menikmati Ayam Kicap Meletup serta berkongsi keenakannya yang luar biasa bersama keluarga dan rakan-rakan pada musim perayaan ini!” tambah beliau.

Dengan slogan “Tahun Baru Cina Pasti Lebih Meletup, Bila Diraikan Bersama” kemunculan semula produk lazat ini melambangkan kebersamaan rakyat Malaysia yang akan turut berkongsi perayaan disamping menikmati kehebatan rasa Ayam Kicap Meletup. Ia semestinya gabungan citarasa muhibbah untuk dikongsi bersama! Selari dengan perayaan Tahun Baru Cina, KFC turut menampilkan hidangan sampingan enak istimewa iaitu nasi rumpai laut bagi menyerlahkan lagi hidangan Ayam Kicap Meletup. Pada harga hanya RM11.95* pelanggan boleh menikmati hidangan kombo yang terdiri daripada dua ketul Ayam Kicap Meletup, nasi rumpai laut ATAU kentang goreng crispier fries, coleslaw, serta minuman menyegarkan iaitu 7Up Lemon Mint.

KFC juga menawarkan Ayam Kicap Meletup dalam bentuk Value Bucket untuk hidangan yang lebih besar pada harga yang berpatutan. Sesuai untuk dikongsi bersama semasa perayaan, KFC Ayam Kicap Meletup boleh didapati dalam bucket 9-ketul yang terdiri daripada sembilan ketul ayam, kentang putar bersaiz besar, satu kentang goreng crispier fries bersaiz besar bersama-sama dengan sebotol Mirinda Orange 1.5 liter, dengan kesemuanya pada harga RM46.90**! Terdapat juga pilihan Bucket 5-Ketul dijual pada harga RM27.90**.

Pic 4

Kunjungi restoran KFC berdekatan pada musim perayaan penuh bermakna ini dan nikmati Ayam Kicap Meletup yang boleh didapati bermula dari 14 Januari 2016, sementara stok masih ada.

NOTA: *Kombo 2-ketul Ayam Kicap Meletup berharga RM11.95 semasa waktu Lunch & Dinner Treats 12pm-3pm & 6pm-9pm.  **Semua harga jualan dan kombo mungkin berbeza mengikut lokasi.

(SEMASA) LEBIH NIKMAT, LAGI JIMAT DENGAN RANGKAIAN KFC SUPER JIMAT BOX!

$
0
0

 Pic 2

KUALA LUMPUR, 23 FEBRUARI 2016 – Dalam usaha berterusan untuk menawarkan lebih penjimatan kepada pelanggan setianya, KFC Malaysia baru-baru ini telah memperluaskan rangkaian KFC Super Jimat Box popular mereka kepada 5 pilihan kotak hebat. Menampilkan hidangan kegemaran KFC, setiap kotak menawarkan pelbagai variasi pada harga serendah RM8.95 bersih!

Pic 4Lanjutan KFC Super Jimat Box ini menampilkan lima kotak yang dicipta khas untuk menyatukan kesemua makanan kegemaran KFC untuk memberikan penjimatan kepada pelanggan setianya tanpa menjejaskan kepelbagaian atau rasa. Sama ada anda penggemar Wrap, peminat Zinger atau hanya ingin memuaskan selera, kelima-lima kotak ini dicipta khas untuk memenuhi citarasa semua.

Pilih daripada Snacker Box, Lil’ Zinger Box, Wrap Box, Variety Box, atau Signature Box. Setiap kotak hidangan mengandungi ayam goreng kegemaran ramai (Original Recipe atau Hot & Spicy), Kentang Crispier Fries dan minuman, menjadikan ia sekotak hidangan yang cukup lengkap untuk dinikmati setiap penggemar KFC.

“Rangkaian KFC Super Jimat Box membolehkan pelanggan untuk ‘dapat lebih, belanja kurang’ dengan pelbagai pilihan lazat untuk memenuhi selera sambil menyelamatkan poket. Kami mahu pelanggan merasai penjimatan dan menikmati keenakan hidangan bernilai hebat dari KFC,” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia.Pic 3

KFC Super Jimat Box boleh didapati bermula 23 Februari 2016, jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati penjimatan ini!

Berikut adalah kandungan dan harga setiap Super Jimat Box:

KFC SUPER JIMAT BOX
Jenis Kandungan Harga
KFC Snacker Box 4 ketul Nuggets

1 ketul ayam KFC (Original Recipe/ Hot & Spicy)

1 (S) Crispier Fries

1 (R) Minuman Berkarbonat

 

RM 8.95
KFC Lil’ Zinger Box 1 Lil’ Zinger burger

1 ketul ayam KFC (Original Recipe/ Hot & Spicy)

1 (S) Crispier Fries

1 (R) Minuman Berkarbonat

 

RM 9.75
KFC Wrap Box 1 Lil’ Cheezy Wrap

1 ketul ayam KFC (Original Recipe/ Hot & Spicy)

1 (S) Crispier Fries

1 (R) Minuman Berkarbonat

 

RM 9.95
KFC Variety Box 1 Lil’ Zinger burger

3 ketul Crispy Tenders

1 ketul ayam KFC (Original Recipe/ Hot & Spicy)

1 (S) Crispier Fries

1 (R) Minuman Berkarbonat

 

RM 12.95
KFC Signature Box 1 Zinger Burger

1 ketul ayam KFC (Original Recipe/ Hot & Spicy)

1 (S) Crispier Fries

1 (R) Minuman Berkarbonat

 

RM 13.45

KFC Super Jimat Box tidak boleh didapati melalui KFC Delivery dan semasa waktu Sarapan (4pg-11pg di semua cawangan Sarapan Pagi).

-Tamat-

Viewing all 37 articles
Browse latest View live