Quantcast
Channel: KFC – Galaksi Media
Viewing all articles
Browse latest Browse all 37

(SEMASA) Awal Ashaari, Scha Alyahya & Lara Alana Diumumkan Sebagai Duta Kfc Malaysia

$
0
0

Keluarga selebriti terkenal Malaysia, suami dan isteri Awal Ashaari dan Scha Alyahya bersama anak sulung mereka, Lara Alana, diumumkan sebagai duta KFC Malaysia pertama di upacara pelancaran kempen KFC ‘Raikan Cara Kita’ yang dilangsungkan semasa buka puasa petang tadi di KFC Wangsa Maju.

Kempen Raya bertajuk ‘Raikan Cara Kita’ memulakan penyatuan antara selebriti terkemuka ini dengan jenama kegemaran rakyat Malaysia, KFC dalam projek-projek kerjasama sehingga April 2022 untuk membina kesedaran jenama lebih baik terhadap kempen-kempen pemasaran KFC, menu baharu, dan inisiatif Tanggungjawab Korporat Sosialnya – Add Hope, inisiatif global KFC edisi tempatan dalam usaha untuk mengakhiri kebuluran.

“Kami berdua menyaksikan sendiri secara langsung KFC menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah warga korporat penyayang, di mana kami terlibat secara aktif dalam program Add Hope sebagai jurucakap selama 6 tahun. Apabila KFC melamar kami untuk memainkan peranan yang lebih besar sebagai duta keseluruhan jenama ini, kami amat teruja dengan peluang ini. Seperti rakyat Malaysia yang lain, KFC merupakan jenama yang dekat di hati kami. Kami amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada warisan jenama Malaysia ini serta berkongsi pengalaman ini bersama anak kami, Lara,” kata Awal dan Scha.

Tambahan lagi, “Apa yang lebih menarik lagi kami memulakan tanggungjawab duta KFC kali ini sebagai satu unit keluarga dengan kempen Raya. Bagi kami, KFC pada musim Ramadan dan Raya adalah sinonim, dan ianya dipamerkan melalui kempen Raikan Cara Kita. Kami tidak sabar untuk berkongsi memori KFC Raya kami bersama anda, dan kami mahu mendengar kisah KFC Raya anda juga!”

Raikan Cara Kita meraikan perikatan dan keriangan yang dibawa oleh KFC semasa bulan Ramadan dan Syawal. Keraian ini amat dekat di hati KFC dan kegembiraan ini dikongsi bersama rakyat Malaysia berdekad lamanya. Kempen ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk berkongsi kisah nostalgik KFC Raya melalui media sosial dengan hashtag #RaikanCaraKita.

Menambahkan lagi kemeriahan sambutan Ramadan dan Raya, Add Hope Meal – menu istimewa untuk waktu terhad yang mengandungi juadah-juadah signature KFC dikembalikan untuk meningkatkan dana terhadap Program Add Hope, untuk disumbangkan kepada keluarga, badan-badan bukan kerajaan dan Rumah Kebajikan yang layak dalam usaha untuk menyokong inisiatif membasmi kebuluran di Malaysia. Dengan setiap pembelian Add Hope Meal sama ada di restoran atau atas talian, 50 sen akan didermakan.

Semasa upacara ini, KFC Add Hope telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan RM10,000 kepada Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor (Rumah Bakti Dato’ Harun), Rumah Anak Yatim Shifa’, and Rumah Kebajikan Anak Yatim & Asnaf An-Naafi. Dana ini dikumpul melalui tabung derma yang disediakan di setiap restoran KFC di mana para pelanggan boleh menyumbang dengan mudah untuk tujuan amal ini sepanjang tahun. Cek replika disampaikan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan QSR Brands, Azua Zain diiringi Awal, Scha, dan Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling.

Chan May Ling berkata, “Setiap tahun, kami amat mengalu-alukan ketibaan bulan Ramadan dan Syawal untuk mencipta lebih memori bermakna bersama peminat KFC dan pada masa yang sama memberi kembali kepada komuniti yang memerlukan. Tahun ini lebih istimewa dengan pelantikan Awal, Scha & Lara sebagai duta KFC. Setelah bekerjasama bersama mereka pada tahun-tahun lalu, kami percaya kerendahan hati, ketekunan, dan keramahan mereka bersesuaian dengan nilai-nilai dan semangat pengasas KFC, Colonel Sanders. Kami teruja untuk memperkenalkan lembaran baharu KFC sebagai jenama dengan pelantikan mereka ini!

Untuk maklumat lanjut tentang KFC Raikan Cara Kita dan Add Hope Meal, layari www.KFC.com.my atau muat turun mobil aplikasi KFC Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 37