Kuala Lumpur, 24 November 2016 – Musim cuti kini menjelang tiba dan ini boleh disahkan dengan kemunculan promosi akhir tahun KFC Holiday Bucket yang dinantikan semua, dengan tambahan KFC Crispy Prawn terbaharu!
“Kemunculan KFC Holiday Bucket sentiasa ditunggu-tunggu oleh para penggemar KFC. Oleh itu, setiap tahun kami berusaha untuk menjadikannya sesuatu yang istimewa dan kali ini kami memperkenalkan pula KFC Crispy Prawns baharu! Setiap suapan udang yang empuk dan menyelerakan adalah padanan yang sempurna dengan ayam KFC kegemaran anda. Sempurna bagi meraikan musim cuti ini!” ujar Ling Mee Jiuan, Naib Presiden KFC Malaysia.
KFC Crispy Prawn dihasilkan daripada udang yang segar, disaluti tepung serta digoreng sempurna hingga berwarna keemasan. Promosi yang hanya terhad sepanjang musim cuti ini pasti menjadi hidangan enak yang paling sesuai dikongsi bersama rakan dan keluarga.
Nikmati dua pilihan hidangan Holiday Bucket yang berbeza dengan 9 ketul ayam hanya pada RM49.90, sementara 15 ketul ayam boleh didapati dengan harga istimewa iaitu RM72.90. Kedua-dua pilihan bucket didatangkan bersama 10 ketul KFC Crispy Prawn, satu kentang putar bersaiz besar serta minuman Pepsi 1.5 liter. Pilih diantara ayam Original atau Hot & Spicy kami bagi melengkapkan cuti hujung tahun anda.
Dapatkan Holiday Bucket di semua restoran KFC sementara stok masih ada. Raikan musim cuti ini di KFC! Untuk maklumat lanjut, layari www.kfc.com.my