Quantcast
Channel: KFC – Galaksi Media
Viewing all articles
Browse latest Browse all 37

(SEMASA) KFC KEKAL SEBAGAI JENAMA #1 PILIHAN RAMAI!

$
0
0

Picture 1KUALA LUMPUR, 12 OGOS 2016 –  Seramai lebih 6000 responden telah mengambil bahagian di dalam kaji selidik yang dijalankan di seluruh negara untuk mengundi di dalam 24 kategori jenama kegemaran mereka; dan KFC telah berjaya mengunggulinya!

KFC telah berjaya merangkul anugerah Emas anugerah berprestij Putra Brand edisi ke-tujuh bagi kategori “Restoran & Makanan Segera” untuk dua tahun berturut-turut. Sejumlah 29 anugerah emas, 30 anugerah perak dan 41 anugerah gangsa telah dipersembahkan di dalam majlis Gala Anugerah Putra Brand yang telah berlangsung di Hotel Majestic pada 12 Ogos 2016.

Anugerah Putra Brand ini merupakan sebuah inisiatif oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) untuk mengiktiraf jenama-jenama tempatan dan antarabangsa yang paling dekat di hati rakyat Malaysia dengan penilaian berdasarkan pilihan pengguna. Ia merupakan sebuah anugerah jenama yang disokong oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE); dan satu-satunya anugerah berdasarkan pilihan orang ramai.

“Kami amat berbesar hati di atas penganugerahan utama ini terutamanya ia merupakan sebuah anugerah berdasarkan pilihan orang ramai.  Pengiktirafan ini amat berharga bagi kami kerana segala usaha adalah untuk para pelanggan jua. Oleh itu kepada merekalah kami amat berterima kasih,” kata Ling Ming Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia

“Anugerah Emas ini menjadi lambang kepada komitmen KFC Malaysia untuk terus memacu ke arah kecemerlangan. Kami akan terus menawarkan nilai terbaik buat para pelanggan dan menghidangkan ayam yang sedap hingga menjilat jari,” tambah beliau.

Walau di dalam mana-mana ketegori Putra Brand sekali pun, memenangi anugerah adalah satu petunjuk akan keyakinan para pengguna terhadap jenama tersebut.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 37